Tentang Kami - Cari-cari Homestay Malaysia

Pergi ke kandungan

Menu Utama:

Info Umum

Tentang Kami..

Cari-cari Homestay adalah merupakan sebuah halaman Direktori Sosial Eksklusif dan interaktif untuk carian homestay, rumah tamu, guesthouse, villa, resort ataupun pilihan penginapan alternatif seperti hotel bagi seluruh Malaysia yang disasarkan khas kepada pengguna laman sosial seperti Facebook dan juga pengguna Telefon Pintar (Smartphone).

Secara amnya Cari-cari Homestay ataupun caricarihomestay.com adalah merupakan sebuah projek direktori interaktif bagi sistem perkhidmatan pengiklanan alternatif secara atas talian (online) yang dibangunkan oleh MAKROKOSMOS RESOURCES iaitu sebuah perusahaan multimedia interaktif atas talian yang berdaftar di bawah Akta Perniagaan 1956 melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran [002444702-A].

Misi:
Misi utama kami adalah untuk menyalurkan informasi dan juga menyediakan senarai homestay ataupun pilihan penginapan yang lain yang terdapat di seluruh Malaysia didalam direktori sosial ini disamping dapat memudahkan pencari-pencari homestay ataupun orang ramai untuk mencari pelbagai informasi serta variasi penginapan. Bagi pencari homestay mereka juga dapat berinteraksi bersama pengurus @ pemilik-pemilik homestay yang disenaraikan disini secara terus dan tanpa penglibatan orang tengah ataupun agen kerana mereka akan didedahkan dengan informasi untuk cara berkomunikasi dengan para pengusaha homestay tersebut. Melalui misi ini juga bermakna kami selaku pihak Cari-cari Homestay tidak sama sekali terlibat dengan sebarang transaksi jual beli kerana sistem yang kami reka ini lebih menggalakkan orang ramai untuk berinteraksi secara terus kepada pengiklan homestay agar ianya akan lebih menjadi telus dan lancar disamping dapat melakukan negosiasi berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

Hakcipta Terpelihara © 2017-2018 Cari-cari Homestay

Kembali ke kandungan | Kembali ke menu utama