Sarawak - Cari-cari Homestay Malaysia

Pergi ke kandungan

Menu Utama:

Direktori Eksklusif

Negeri Sarawak Bumi Kenyalang

Selamat datang ke halaman direktori Cari-cari Homestay bagi negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sila lakukan pilihan homestay melalui senarai homestay yang terdapat di halaman ini. Semoga sistem yang dibangunkan ini dapat memudahkan anda didalam menemui homestay pilihan dihati.
Senarai Homestay Negeri Sarawak

*Nota: Sila skroll imej ke kiri atau ke kanan & klik untuk membuat pilihan!

Senarai Ringkas Homestay Negeri Sarawak
Senarai homestay yang mempunyai butang adalah merupakan "Pengiklan Eksklusif" di Direktori Eksklusif Cari-cari Homestay Malaysia. Ini bererti status homestay tersebut telah disahkan oleh pihak caricarihomestay.com . Manakala iklan homestay yang tidak mempunyai butang "info" di dalam senarai ringkas ini adalah merupakan "Sumber Iklan Terbuka" dan cuma maklumat ringkas tentang homestay mereka sahaja yang akan dipaparkan di dalam senarai ini.

Nota penting: Sila pastikan anda memperolehi maklumat yang lengkap dan sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang urusan / ataupun tempahan.
No.HomestayKawasanPengurus
1






2










3








4








Pilihan Penginapan Alternatif Di Sarawak
* Tak dapat cari homestay yang anda suka? Jangan risau, kami mempunyai pilihan alternatif untuk anda. Sila lihat pada ruangan "Pilihan Penginapan Alternatif" di bawah!

Peta Negeri Sarawak Bumi Kenyalang


Maklumat ringkas tentang negeri:

Sarawak Bumi Kenyalang

Sarawak merupakan negeri yang terbesar di dalam negara Malaysia. Ia berada di dalam kawasan tropika dengan iklam khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan hujan tropikanya merupakan yang tertua dan juga kedua terbesar selepas hutan Amazon di Amerika Selatan.  Ini telah menjadikannya sebagai pusat biokepelbagaian.

Sarawak bukan sahaja negeri yang terbesar di Malaysia. Ia merupakan sebuah negeri yang terbahagi kepada banyak kawasan serta mempunyai sungai yang terpanjang di Malaysia. Juga terdapat bunga dan rama-rama yang terbesar di dunia. Disamping itu ianya juga memiliki gua yang terluas di dunia, hutan hujan tropika yang tertua dan orang yang pertama dikatakan muncul di Asia tenggara boleh didapati di Sarawak. Ini menunjukkan Sarawak merupakan sebuah negeri yang unik dan tersendiri.

Destinasi Pelancongan Di Negeri Sarawak

Kawasan semula jadi yang popular di kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara terletak di bahagian Kuching. Ini termasuklah Gua Angin, dan Gua Pari, Taman Ranchan, Sungai Cina, Taman Kubah, Taman Hidupan Liar Matang & Pusat Pemuliharaan Orang Utan di Semenggoh.

Terdapat beberapa jenis muzium di bandaraya Kuching seperti Muzium Sarawak, Muzium Tamadun Islam, Muzium Masyarakat Cina, Muzium Masyarakat Iban, Muzium Tekstil dan Muzium Kucing.


Kawasan Bukit & Gunung:

• Bukit Asek •
• Bukit Aup •
• Bukit Buruk Recam •
• Bukit Tudal •
• Bukit Skalap •
• Bukit Song •
• Bukit Semalong •
• Bukit Lumut •
• Bukit Mersing •
• Bukit Batu •
• Bukit Kayo •
• Bukit Goram •
• Bukit Kumbong •
• Bukit Sadok •
• Gunung Mulu •
• Gunung Murud •
• Gunung Ampungara •
• Gunung Buri •
• Gunung Santubong •
• Gunung Sejinjang •
• Bukit Mas •
• Bukit Kayu Malam •


Senarai Taman Negara :

• Taman Negara Bako •
• Taman Negara Batang Ai •
• Taman Negara Kubah •
• Taman Negara Mulu •
• Taman Negara Niah •
• Taman Negara Gunung Gading •
• Taman Negara Similajau •
• Taman Negara Lambir •


Kawasan Pantai:

• Pantai Damai •
• Pantai Puteri •
• Pantai Buntal •
• Pantai Sematan •
• Pantai Siar •
• Pantai Pandan •
• Pantai Gerigat •
• Pantai Tanjung Kembang •
• Pantai Kidurong •
• Pantai Brighton •
• Pantai Hawai •


Kawasan Sungai:

• Sungai Sarawak •
• Sungai Krian •
• Sungai Maong •
• Sungai Tapang •
• Batang Rajang •
• Batang Lupar •
• Batang Kayan •
• Batang Layar •
• Batang Igan •
• Batang Ai •

Kembali ke halaman utama direktori eksklusif cari-cari homestay

Hakcipta Terpelihara © 2017-2018 Cari-cari Homestay

Kembali ke kandungan | Kembali ke menu utama