Johor - Cari-cari Homestay Malaysia

Pergi ke kandungan

Menu Utama:

Direktori Eksklusif

Negeri Johor Darul Takzim

Selamat datang ke halaman direktori Cari-cari Homestay bagi negeri Johor Darul Takzim. Sila lakukan pilihan homestay melalui senarai homestay yang terdapat di halaman ini. Semoga sistem yang dibangunkan ini dapat memudahkan anda didalam menemui homestay pilihan dihati.
Senarai Homestay Negeri Johor

*Nota: Sila skroll imej ke kiri atau ke kanan & klik untuk membuat pilihan!

Senarai Ringkas Homestay Negeri Johor
Senarai homestay yang mempunyai butang adalah merupakan "Pengiklan Eksklusif" di Direktori Eksklusif Cari-cari Homestay Malaysia. Ini bererti status homestay tersebut telah disahkan oleh pihak caricarihomestay.com . Manakala iklan homestay yang tidak mempunyai butang "info" di dalam senarai ringkas ini adalah merupakan "Sumber Iklan Terbuka" dan cuma maklumat ringkas tentang homestay mereka sahaja yang akan dipaparkan di dalam senarai ini.

Nota penting: Sila pastikan anda memperolehi maklumat yang lengkap dan sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang urusan / ataupun tempahan.
No.HomestayKawasanPengurus
1

Kempas Homestay
Teres 2 Tingkat
Dari RM250/malam

Johor Bahru

En. Hakim



2

D'Ani Homestay
Teres 1 Tingkat
Dari RM180/malam

Skudai

Puan Ani

3

Idaman Homestay
Bungalow 1 Tingkat
Dari RM350/malam

Larkin

Hj. Wan
4

Idaman Homestay
Teres 2 Tingkat
Dari RM350/malam

Tampoi

Hj. Wan

5

DK Villa
Bungalow 2 Tingkat
Dari RM200/malam

Muar

Hajjah Nooraini

6




Pilihan Penginapan Alternatif Di Johor
* Tak dapat cari homestay yang anda suka? Jangan risau, kami mempunyai pilihan alternatif untuk anda. Sila lihat pada ruangan "Pilihan Penginapan Alternatif" di bawah!

Peta Negeri  Johor Darul Takzim


Maklumat ringkas tentang negeri:

Johor Darul Takzim

@ Tempat Perlindungan Yang Bermaruah.

Johor merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan kira-kira 19,210 km persegi. Selain itu, negeri ini juga mempunyai jumlah penduduk kedua terbanyak selepas negeri Selangor. Ibu negeri Johor ialah Johor Bahru iaitu sebuah bandaraya yang terletak di selatan negeri ini. Bandaraya tersebut merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. Di samping itu, bandar-bandar utamanya ialah Batu Pahat, Muar dan juga Kluang.

Destinasi Pelancongan Di Negeri Johor
Desaru
Memiliki kawasan pantai-pantai yang cantik dan permai serta terdapat padang golf di kawasan pantai yang menghadap Laut China Selatan.

Johor Bahru
Kawasan tumpuan utama untuk membeli-belah bagi rakyat tempatan dan Singapura, terdapat pelbagai gedung-gedung membeli-belah yang banyak di sekitar bandaraya ini.
Juga terdapat taman-taman tema yang bertaraf dunia seperti:
• Legoland Malaysia
• Puteri Harbour Family Theme Park
• Angry Birds Activity Park Johor Bahru
• KSL Dinosaur Water Park in Johor
• Austin Water Park
*Akan datang:- Six Flags

Kota Tinggi
Kawasan ini meyimpan banyak tinggalan sejarah dan mempunyai air terjun setinggi 34 meter.
Kukup
Merupakan sebuah kampung nelayan dimana terdapat restoran-restoran makanan laut yang dibina diatas laut. Disini juga terdapat sebuah jeti di Serkat untuk ke Tanjung Balai dan Kota Batam di Indonesia.
Muar
Sebuah Bandar Di-Raja yang cantik berlokasi di tebing Sungai Muar. Pelancong/pelawat boleh menikmati keindahan Bandar Di-Raja ini dengan menelusuri Sungai Muar dengan menaiki bot pelancong di Tanjung Emas.
Tanjung Piai
Diketahui sebagai tanah yang paling selatan atau yang paling hujung di benua Asia.(Southernmost Tip of Mainland Asia)
Sagil, Tangkak
Terletak di Gunung Ledang, merupakan puncak yang tertinggi (1,276m) di Negeri Johor dan mempunyai air terjun yang mendamaikan yang terdapat di kaki gunung.
Mersing
Mempunyai lebih daripada 7 buah pulau-pulau yang cantik dan pantai berpasir yang menawan, sangat sesuai untuk akitiviti bersama keluarga di hujung minggu atau pada cuti umum.

Ayer Hitam
Amat terkenal sebagai tempat untuk membeli-belah barangan tembikar, kraftangan, pasu, patung mainan dan macam-macam lagi.
Selain dari itu, Ayer Hitam juga sangat popular sebagai pusat menjual barangan perkahwinan sepertimana yang terdapat di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Nama-nama Bandar Di Negeri Johor Darul Takzim

• Johor Bahru
• Batu Pahat
• Muar
• Kluang
• Mersing
• Masai
• Kulai


• Pontian
• Segamat
• Pasir Gudang
• Senai
• Kota Tinggi
• Bandar Penawar
Tempat membeli-belah Utama Di Negeri Johor Darul Takzim
• Johor Bahru City Square
• Pusat Beli-Belah AEON Bukit Indah
• AEON Tebrau City
Sistem Pengangkutan Di Negeri Johor Darul Takzim
Stesen Keretapi Johor Bahru Sentral.
• Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
Kawasan Sukan Utama Di Negeri Johor Darul Takzim

• Litar Johor
• Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos
• Kelab Golf Diraja Johor
• Pulai Springs Country Club
• Palm Resort Golf and Country Club

Lokasi Awam di Sekitar Negeri Johor

Anda lapar? Nak beli belah? Cari tempat riadah? Nak ke tempat bersejarah?

Jom cari semua tempat tersebut di sekitar negeri Johor melalui bandar-bandar yang terdekat.

• Johor Bahru
• Kluang
• Masai
• Kulai
• Senai
• Kota Tinggi


• Batu Pahat
• Mersing
• Segamat
• Pontian
• Pasir Gudang
• Bandar Penawar
Halaman Utama Direktori Cari-cari Homestay

Hakcipta Terpelihara © 2017-2018 Cari-cari Homestay

Kembali ke kandungan | Kembali ke menu utama