Pergi ke kandungan

Menu Utama:

Direktori Eksklusif

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Selamat datang ke halaman direktori Cari-cari Homestay bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sila lakukan pilihan homestay melalui senarai homestay yang terdapat di halaman ini. Semoga sistem yang dibangunkan ini dapat memudahkan anda didalam menemui homestay pilihan dihati.
Senarai Homestay Putrajaya

*Nota: Sila skroll imej ke kiri atau ke kanan & klik untuk membuat pilihan!

Senarai Ringkas Homestay Putrajaya
Senarai homestay yang mempunyai butang adalah merupakan "Pengiklan Eksklusif" di Direktori Eksklusif Cari-cari Homestay Malaysia. Ini bererti status homestay tersebut telah disahkan oleh pihak caricarihomestay.com . Manakala iklan homestay yang tidak mempunyai butang "info" di dalam senarai ringkas ini adalah merupakan "Sumber Iklan Terbuka" dan cuma maklumat ringkas tentang homestay mereka sahaja yang akan dipaparkan di dalam senarai ini.

Nota penting: Sila pastikan anda memperolehi maklumat yang lengkap dan sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sebarang urusan / ataupun tempahan.
No.HomestayKawasanPengurus
1






2










3








4








Pilihan Penginapan Alternatif Di Putrajaya
* Tak dapat cari homestay yang anda suka? Jangan risau, kami mempunyai pilihan alternatif untuk anda. Sila lihat pada ruangan "Pilihan Penginapan Alternatif" di bawah!

Peta Wilayah Persekutuan Putrajaya


Maklumat ringkas tentang :

Wilayah Persekutuan Putrajaya

Putrajaya merupakan hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan ianya dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Bandar tersebut terletak di dalam Koridor Raya Multimedia seperti Cyberjaya yang sedang giat dibangunkan. Dalam Sanskrit, "putra" bererti "putera" atau "anak lelaki", dan "jaya" bererti "kejayaan" atau "kemenangan". Projek Pembangunan Putrajaya telah bermula sejak awal tahun 1990-an dan hari ini mercu tanda utama telah disiapkan dan populasi penduduknya pula dijangka akan meningkat dalam tempoh yang terdekat.

Wilayah Persekutuan Putrajaya juga merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Kuala Lumpur pada tahun 1999. Namun demikian, Kuala Lumpur masih lagi kekal sebagai ibu negara Malaysia serta menjadi tapak Raja dan Parliamen, ianya juga termasuk pusat perdagangan dan kewangan. Putrajaya ialah kategori bandar raya pintar dalam taman yang terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur yang juga merupakan sebuah bandaraya futuristik (canggih) yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ia merupakan Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Labuan.

Destinasi Pelancongan di (WP) Putrajaya
Selain daripada pusat pentadbiran kerajaan Persekutan, Putrajaya juga terkenal dengan keindahan landskap persekitaran serta tarikan pengunjung. Diantara tarikan pelancongan yang terdap di sekitar Putrajaya adalah :


• Perdana Putra •
• Masjid Putra •
• Jambatan Putra •
• Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin •
• Dataran Putrajaya •
• Monumen Alaf Baru •
• Istana Kehakiman •
• Seri Perdana •
• Jambatan Seri Perdana •
• Putrajaya Landmark •
• Taman Wetland Putrajaya •
• Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
• Taman Selatan •
• Yayasan Kepimpinan Perdana •
• Istana Melawati •
• Dataran Warisan •
• Kementerian Kewangan Malaysia •
• Wisma Putra •
• Istana Darul Ehsan •
• Tasik Putrajaya •
• Taman Wawasan •
• Taman Botani Putrajaya •

Kembali ke halaman utama direktori eksklusif cari-cari homestay

Hakcipta Terpelihara © 2017-2018 Cari-cari Homestay

Kembali ke kandungan | Kembali ke menu utama